Saturday, May 16, 2009

Jawapan dari ANWAR HALIM NOR HASHIM Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia

Jawapan dari
ANWAR HALIM NOR HASHIM diterima pada 5 Mac 2009
Pegawai Eksekutif
Unit Penguatkuasaan
Bahagian Koordinasi Jaminan Kualiti
Agensi Kelayakan Malaysia

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan yang dikemukakan oleh puan pada 30hb Januari 2009 mengenai ‘Marks manipulation at Multimedia University (MMU)’.

Semakan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) mendapati siasatan telah dibuat dan jawapan telah diberi kepada puan pada 5hb Februari 2009 melalui email (salinan disertakan)

Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diterima daripada puan masih merujuk kepada aduan yang sama serta membangkitkan soal ketetapan sistem penilaian tentang pemberat dan skema pemarkahan. Dalam hal ini, MQA hanya menyediakan panduan bagi tujuan tersebut dan terpulang kepada Institut Pengajian Tinggi untuk menetapkan sistem penilaian yang sewajarnya.

Siasatan MQA mendapati, perkara ini telah disiasat oleh pihak Senat MMU dan tiada unsur manipulasi (Jawapan sebelum ini kepada puan pada 5hb Februari 2009 berkaitan).


ANWAR HALIM NOR HASHIM
Pegawai Eksekutif
Unit Penguatkuasaan
Bahagian Koordinasi Jaminan Kualiti
Agensi Kelayakan Malaysia


----- Forwarded Message ----
From: Myself
To: syedahmad@mqa.gov.my
Cc: sidek@pmo.gov.my; tam@bpa.jpm.my
Sent: Wednesday, March 4, 2009 9:24:37 AM
Subject: Fw: Enquiry : Private & Confidential
Sila beri sebab Tuan tidak menjawab soalan-soalan saya sebagai pengadu.