Friday, May 1, 2009

MOHE’s SECOND OFFICIAL REPLY

Rujukan Kami : JPT (A) 1000/011/011/04 ( 7 )
Tarikh : 6 Mac 2009

Puan,


ADUAN MENGENAI ISU KETIDAKADILAN TERHADAP PENSYARAH DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada e-mel puan bertarikh 3 Mac 2009 dan surat Jabatan ini rujukan JPT (A) 1000/011/011/04 (5) bertarikh 2 Februari
2009 adalah berkaitan.

2. Jabatan ini mengambil maklum akan isi kandungan emel puan tersebut
mengenai tuduhan lisan yang didakwa dibuat oleh Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap
puan. Walau bagaimanapun, pertikaian yang timbul adalah melibatkan antara
puan dan pegawai USIM tersebut. Justeru, adalah tidak wajar sekiranya
Jabatan ini dikehendaki menjawab perkara tersebut bagi pihak beliau.

3. Sehubungan itu, adalah lebih elok sekiranya perkara ini dibawa
berunding dengan pihak USIM.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang ikhlas,

(DATUK PROF. MOHD YUSOF BIN KASIM)
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor IPTA)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia



s.k.


KP, JPT



Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Shukor b. Hj. Husin
Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
NEGERI SEMBILAN

No. Tel : 06-7988013
No. Faks : 06-7941143


Tuan Hj. Addenan bin Hj. Abdul Rahman
Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
NEGERI SEMBILAN

No. Tel :06-7988101
No. Fax :06-7993843